Kit Ujian Covid-19 Yang Dijual MyEg Adakah Palsu Menurut Kementerian Kesihatan

TechnologyDigitalSpace
18 Mar 2020 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari yang lalu MyEg mula menawarkan kit ujian Covid-19 di rumah pada harga bermula RM99 sebuah. Pengumuman mereka ini mendapat perhatian ramai di mana pelbagai negara di seluruh dunia mengalami masalah mendapatkan kita ujian di hospital. Semalam laman Facebok Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan kit yang dijual MyEg ini adalah palsu,

image is not available
Laman KKM walaupun tidak menyatakan apakah yang palsu mengenai kit yang dijual. Sama ada ia tidak berfungsi seperti diiklankan atau masih kerana belum menerima kelulusan dari pihak KKM pada waktu ini. Menurut MyEg kit mereka boleh memberikan keputusan pengguna dijangkiti virus SAR-Cov-19 dalam masa hanya tiga puluh minit. Pada waktu ini iklan jualan kit ini masih lagi dipaparkan pada muka hadapan laman MyEg,