Oppo A5 (2020) Versi 4GB RAM Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899

TechnologyDigital
4 Nov 2019 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi variasi Oppo A5 (2020) untuk pasaran tempatan, iaitu versi yang hadir dengan memori 4GB RAM dan storan 128GB. Peranti ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM899.

image is not available

Oppo A5 (2020) hadir dengan skrin 6.5-inci HD, dijana cip Snapdragon 655, dilengkapi empat kamera belakang 12MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 5000mAh, serta menggunakan pengecasan berasaskan USB-C.

Bersama-sama versi ini, Oppo Malaysia juga turut menawarkan versi 3GB RAM yang ditawarkan pada harga RM699.