Pukul isteri sebab tak bagi duit RM300

23 Oct 2019 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA NERUS - Seorang lelaki tergamak memukul isteri sehingga cedera hanya kerana wanita itu tidak mahu menyerahkan wang RM300 dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Rakit di sini kelmarin.

Akibat tindakan itu mangsa berusia 43 tahun luka di bahagian pipi kanan selain sakit di anggota badan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 petang ketika mangsa yang merupakan seorang guru sedang berehat di rumah sebelum dikejutkan dengan kepulangan suspek, 41.

Menurut sumber, sejurus masuk ke dalam rumah, suspek terus mengamuk dengan membaling bantal ke arah televisyen sebelum berlaku pergelutan di antara pasangan suami isteri tersebut.

"Mangsa yakin suspek bertindak sedemikian kerana melepaskan amarah dan rasa tidak puas hati terhadapnya kerana tidak menunaikan permintaan lelaki itu agar menyerahkan wang RM300 sebelum ini.

"Keengganan mangsa itu menyebabkan suspek yang tidak bekerja itu masih tidak berpuas hati sehingga hari ini (kelmarin) sebelum mengamuk," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata sumber, susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatan diri membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit pada hari yang sama untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved