Redmi K20 Adalah Peranti Mercu Redmi – ‘K’ Membawa Maksud ‘Kill’

14 May 2019 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti mercu dari Redmi adalah peranti yang ramai nantikan. Ini kerana, ia pasti akan dijual pada harga yang sangat mampu milik. Ura-ura setakat ini mencadangkan yang peranti ini akan dijana dengan Snapdragon 855 dan juga mempunyai sistem kamera pop-naik. Di arena web, peranti dikatakan akan menggunakan penjenamaan Redmi X. Namun CEO Redmi telah sahkan yang nama peranti ini bukannya Redmi X, tetapi lebih baik.

image is not available

Terkini, CEO Redmi dan Weibo Redmi telah secara rasminya mengumumkan nama peranti mercu mereka – Redmi K20. Menurut Lu Weibing, ‘K’ ini membawa banyak maksud dan peminat yang harus tentukan apa maksud ‘K’ ini. Menurut Lei, ‘K‘ adalah ‘Kill‘ iaitu flagship Killer (pembunuh peranti mercu). Perkara ini secara tidak langsung memberi petanda yang harga jualan Redmi K20 adalah jauh lebih murah berbanding pesaing.

Jika Redmi K20 sudah membunuh semua peranti mercu, bagaimana pula dengan Pocophone F2 kelak jika ia dilancarkan? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: [1], [2]