Covid-19: 354 kes positif hari ini

9 Oct 2020 • 6:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Sebanyak 354 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya dua kes import dan 352 penularan dalam negara.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah 14,722 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif 3,863 kes," katanya.

Menurutnya, Sabah mencatatkan 274 kes iaitu 77.4 peratus daripada kes penularan dalam negara.

"Ini susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan di lapangan terutama di tujuh daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved