Adobe Mengalami Kerentanan Sekuriti – Mendedahkan Hampir 7.5 Juta Akaun Pengguna Creative Cloud

TechnologyDigital
27 Oct 2019 • 12:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe Creative Cloud merupakan perkhidmatan langganan untuk pelbagai perisian keluaran Adobe. Ia ditawarkan dalam bentuk langganan bulanan dan tahunan , sekaligus memudahkan mereka yang terlibat dalam arena kreatif untuk melanggan dan menggunakan perkhidmatan daripada Adobe tanpa masalah.

Apa pun, terbaru, Adobe mengatakan yang mana mereka mengalami kerentanan data ketika dalam salah satu persekitaran pembangunan prototaip.

Persekitaran pembangunan berkenaan dikatakan mengandungi maklumat pengguna Creative Cloud yang menyertakan maklumat pelanggan dan juga alamat emel. Adobe mengatakan tiada kata laluan atau informasi kewangan yang disertakan pada kerentanan berkenaan – dan masalah berkenaan telah pun diatasi.

Sekiranya anda merupakan pelanggan Creative Cloud, mungkin perlu lebih berhati-hati kepada sebarang emel palsu yang berkaitan dan mengelak jadi mangsa phishing dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved