Taman Mini Malaysia, ASEAN perlu henti operasi

16 Sep 2019 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MELAKA - Taman Mini Malaysia dan ASEAN di Ayer Keroh di sini perlu dihentikan operasinya segera atas faktor keselamatan dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan, kata Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mohd Rafiq yang juga Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka berkata, langkah penutupan pusat tarikan pelancong itu bagaimanapun akan segera dibincangkan dengan syarikat pengurusan Taman Mini Malaysia dan ASEAN itu tanpa menjejaskan rundingan kedua-dua pihak.

"Taman Mini Malaysia dan ASEAN adalah aset milik PKNM dan taman berkenaan kini diuruskan oleh syarikat swasta.

"Kerajaan negeri melalui PKNM banyak menerima aduan berhubung tahap keselamatan dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan daripada pelancong tempatan dan asing," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama


View Original Article