FELCRA bayar BSH RM44.3 juta kepada 17,161 peserta

29 May 2019 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) akan membuat bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM44,399,970.05 kepada 17,161 orang peserta dalam kalangan B40.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, kerajaan telah meluluskan dan menyalurkan pembiayaan bantuan sara hidup peserta FELCRA berjumlah RM73,476,246.00 yang merupakan bayaran tunggakan bagi tempoh Ogos 2018 hingga Disember 2019.

"Kerajaan sangat prihatin akan nasib peserta FELCRA dalam kalangan B40 ini dan untuk itu telah meluluskan bayaran bantuan sara hidup ini terutama ketika peserta berhadapan dengan situasi tanam semula sahaja, kerana di dalam tempoh ini, ladang-ladang mereka masih belum mengeluarkan hasil.

"Bantuan Sara Hidup FELCRA merupakan skim pendahuluan kewangan kepada peserta-peserta yang terlibat dengan tanam semula. Bantuan yang diberikan adalah pada kadar RM70 seekar," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, tempoh bayaran pendahuluan itu diberikan adalah selama empat tahun bagi tanaman sawit dan enam tahun bagi getah iaitu sehingga ladang-ladang berkenaan berhasil.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved