Best FM beri sumbangan sempena ulang tahun ke-30

23 May 2019 • 9:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Sempena Perayaan Ulang Tahun ke-30, stesen radio swasta pertama negara ini, Best FM mengambil kesempatan melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) dengan menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, di sini.

Program yang pertama kali diadakan sempena sambutan Ulang Tahun ke-30, stesen radio berkenaan pada 14 Julai depan itu dinamakan Seikhlas Hati Best FM.

Ketua Pegawai Eksekutif Best FM, Yusry Abu Samah berkata, menariknya program itu mengambil keberkatan bulan Ramadan menyampaikan sumbangan, sekali gus diharap dapat menggembirakan penghuni rumah perlindungan tersebut.

"Kita sampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang makanan asas untuk keperluan mereka.

"Program ini turut mendapat tajaan daripada syarikat D'Harmoni Telco Infra Sdn Bhd.

"Kita harap sumbangan yang dihulurkan ini meringankan beban mereka memandangkan Syawal bakal menjelang tidak lama lagi," katanya pada program berkenaan.

Hadir sama, Pengurus D'Harmoni Telco Infra Sdn Bhd, Khairul Nizam Daud.

Yusry berkata, selain itu, pelbagai program lain turut diatur sempena sambutan tersebut.

"Ini termasuklah Rumah Terbuka Best FM, Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat, kolaborasi bersama Desaru Coast untuk mengadakan Pentas [email protected] Festival di Laman Desaru Coast dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, pengasas bersama Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, Muhamad Fikri Abd Rashid berterima kasih dengan keprihatinan Best FM serta D'Harmoni Telco Infra Sdn Bhd menyampaikan sumbangan berkenaan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved