Dr Mahathir terima kunjungan Hamas

22 May 2019 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat daripada Pergerakan Islam Palestin (Hamas) di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Pergerakan itu diwakili oleh bekas Ketua Hamas, Khaled Mishaal bersama enam orang delegasi.

Turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Abu-Umar.

Pertemuan tersebut disiarkan menerusi laman Twitter rasmi Perdana Menteri.

image is not available
1