Apakah lagu dan artis yang paling banyak distrim oleh anda pada platform penstriman audio Spotify? Persoalan ini terjawab sekiranya anda mengakses Spotify Wrapped 2019 yang dilancarkan pagi ini. Menerusi ciri ini anda bukan sahaja boleh melihat lagu paling banyak menjadi halwa telinga tetapi turut menganalisa lagu yang paling banyak distrim oleh anda untuk dekad 2010-2019.


