Op selamat 16: Rekod 138 kematian setakat semalam

27 Jan 2020 • 3:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Polis merekodkan 138 kematian daripada 127 kes kemalangan maut sehingga Ahad, iaitu hari kesembilan sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan 18 Januari lepas sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi masih melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 94 kematian direkodkan.

Menurut beliau, Selangor merekodkan kes kematian paling tinggi iaitu 24 kes, diikuti Johor (16 kes), Sarawak (16) manakala Kedah sebanyak 13 kes.

“Dalam tempoh berkenaan, 14,087 kes nahas jalan raya direkodkan dengan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 4,089 kes diikuti Johor (2,194), Kuala Lumpur (1,616) dan Pulau Pinang (1,147),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebanyak 233,454 saman turut dikeluarkan dengan 146,008 saman yang merangkumi enam kesalahan utama antaranya menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved