Slickwraps Memperkenalkan “iWrap” – Pelekat Vinil Bertemakan iMac G3

TechnologyDigital
22 Sep 2019 • 10:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Slickwraps sedia terkenal sebagai pesaing kepada Dbrand dalam menghasilkan pelekat vinil untuk telefon pintar. Bagi menjadi lebih unik dan berbeza dengan Dbrand, Slickwraps memperkenalkan pelekat vinil yang menjadikan peranti seakan lutsinar pada tahun lepas.

Kini, mereka hadir dengan kemaskimi kepada pelekat vinil lutsinar ini, dengan fokus kepada iPhone sahaja. Pelekat vinil lutsinar kali ini menggunakan tema seakan iMac G3, iaitu komputer Mac pada tahun 1998. Pelekat ini dinamakan sebagai iWrap dan ia menggabungkan rekaan lutsinar dengan penuras berwarna biru, unggu, jingga, hijau dan merah – yang digabungkan dengan warna perak pada bahagian atas dan bawah (bawah lutsinar).

image is not available

Aksesori iPhone dengan tema iMac G3 bukanlah sesuatu yang baru. Tahun lepas, Spigen ada menghasilkan kerangka tahan lasak dengan tema yang serupa. Pelekat vinil Slickwraps ini ditawarkan kepada iPhone 7/7 Plus, iPhone 8/8 Plus, iPhone X, iPhone XR, iPhone XS/XS Max, iPhone 11 dan iPhone 11 Pro/11 Pro Max.

image is not available

Harga jualan adalah $19.98, iaitu sekitar RM83.43. Slickwraps turut menawarkan penghantaran kepada seluruh dunia denga sedikit bayaran penghantaran. Bagi yang berminat, anda boleh belinya secara terus di laman web mereka, melalui pautan di bawah.

Beli Pelekat Vinil Slickwraps iWrap Di Sini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved