Iran rampas kapal tangki minyak British di Selat Hormuz

20 Jul 2019 • 8:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TEHRAN - Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), semalam telah merampas kapal tangki minyak British, Stena Impero, di Selat Hormuz, lapor agensi berita Xinhua.

"Kapal British ditangkap kerana gagal menghormati peraturan maritim antarabangsa ketika melalui Selat Hormuz," kata kenyataan yang dikeluarkan bahagian Perhubungan Awam IRGC.

Kapal minyak berkenaan kemudiannya dibawa ke Pelabuhan Hormozgan untuk tindakan selanjutnya, kata kenyataan itu.

Awal bulan ini, British Royal Marines merampas kapal Iran di Selat Gibraltar, yang mereka dakwa sedang menuju ke Syria telah melanggar sanksi EU.

Iran telah mengancam untuk bertindak balas sekiranya London tidak melepaskan kapal tangki berkenaan.- Bernama


View Original Article