Google Hadir Dengan Pixel Repair Tool – Kemaskini Pixel 3 Ke Atas Melalui Pelayar Web

TechnologyDigital
5 Feb 2020 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel tidak dinafikan adalah sebuah telefon pintar yang baik, walaupun ada banyak masalah dan kekurangan spesifikasi berbanding pesaing. Tetapi, pengalaman perisian dan kamera pada peranti ini adalah amat hebat dan sukar untuk beralih ke peranti lain. Google Pixel juga adalah satu-satunya peranti Android yang mempunyai kemaskini terpantas.

image is not available

Baru-baru ini Google telah hadir dengan Pixel Repair Tool. Ia adalah aplikasi web yang menggunakan teknologi WebUSB – iaitu kemampuan pelayar web membaca pemacu USB. Melalui Pixel Repair Tool ini, mengemaskini peranti Pixel secara manual kini menjadi lebih mudah. Ia bukan sahaja untuk mengemaskini peranti, malah jika anda rasakan sistem operasi pada Pixel anda bermasalah – laman web ini juga boleh memulihkan semula agar ia kembali menjadi seperti biasa.

image is not available

Seperti Google Pixel, laman web ini juga terhad di negara-negara yang terpilih sahaja. Jadi, jika anda ingin menggunakan laman web Pixel Repair Tool ini – pastikan anda guna VPN dan ikuti sahaja langkah yang terpapar pada skrin.