600 gelen minyak tumpah di Kepulauan Galapagos

23 Dec 2019 • 7:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

QUITO - Pasukan keselamatan di Kepulauan Galapagos di Lautan Pasifik dilaporkan berusaha mengawal 600 gelen tumpahan minyak selepas sebuah kapal kargo terbalik semalam.

Menurut pengawal pantai, tumpahan minyak berlaku selepas sebuah kontena besar yang sedang dimuatkan ke dalam dek kapal terlepas apabila kren yang mengangkatnya hilang kawalan.

Media tempatan melaporkan, insiden itu menyebabkan ketiga-tiganya jatuh ke dalam laut dan memaksa anak kapal melompat keluar memandangkan kapal berkenaan semakin tenggelam.

Galapagos, sebuah tapak Warisan Dunia Unesco adalah rumah kepada beberapa ekosistem yang paling unik dan saintifik di bumi.

Kepulauan tersebut adalah sebahagian daripada Ecuador dan terletak ratusan kilometer dari pantai negara itu. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved