Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori

24 Dec 2019 • 12:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA SELANGOR - Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok bawah lori kontena dalam kejadian di Kilometer 48 Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran persimpangan lampu isyarat di sini semalam.

Dalam kejadian jam 4.0 1 petang itu, mangsa, Muhamad Azmeer Bin Arba'in, 26, yang beralamat di Batu 11 Jalan Bagan Tengkorak meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang menunggang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Kuala Selangor menghala ke Tanjong Karang.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, dipercayai motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah yang sama.

"Mangsa kemudiannya hilang kawalan dan terjatuh masuk ke bawah tayar belakang sebuah kontena yang berada di lorong sebelah kiri," katanya.

Md Asri berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved