Ahli perniagaan mati ditembak awal pagi tadi

6 Aug 2019 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Seorang warga emas berusia 63 tahun maut ditembak dalam sebuah kenderaan di Jalan Air Putih di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa dipercayai baru pulang dari berhibur di sebuah kelab malam di bandar ini bersama rakannya berusia 47 tahun.

Menurutnya, rakan mangsa yang mendengar tembakan telah melarikan diri manakala mangsa sempat memandu kenderaan untuk mendapatkan bantuan, dipercayai menuju ke hospital.

"Mungkin mangsa tidak sempat memandu ke hospital dan berhenti berdekatan sebuah farmasi. Di situ orang ramai menemui mangsa dan memberikan pertolongan. Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital dan bedah siasat akan dijalankan pada petang ini.

"Setakat ini pihak polis telah menahan rakan mangsa untuk siasatan. Kedua-dua mereka yang merupakan ahli perniagaan datang dari Johor Bahru atas urusan di Pahang," katanya pada sidang media Perhimpunan Khas ketua Polis Pahang Ogos 2019 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang, di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved