Waze Audio Player Menambah YouTube Music Sebagai Pemain Muzik Terbina

TechnologyDigital
22 Aug 2019 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Waze adalah aplikasi pelengkap kehidupan seharian ramai orang. Kami di Amanz juga kerap menggunakan Waze jika ingin pergi ke sesuatu acara pelancaran, pulang ke rumah dan destinasi-destinasi lain. Jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pasti kita akan berasa bosan, oleh itu Waze telah menambah sokongan banyak aplikasi penstriman muzik sebagai pemain muzik terbina.

image is not available

Terkini YouTube pula ingin perkhidmatan penstriman muzik mereka disertakan dalam Waze. Bagi pengguna-pengguna YouTube Music, anda kini boleh aktifkan YouTube Music sebagai pemain muzik anda ketika berada dalam perjalanan. Akan tetapi fungsi ini hanya terhad kepada pengguna YouTube Music Premium sahaja dan hanya boleh diakses kepada beberapa negara terpilih sahaja.

Jika anda ingin menggunakan YouTube Music dalam Waze, anda perlu gunakan VPN untuk langgan dan kemudian kekal menggunakan VPN sambil menggunakan Waze. Ini disebabkan  YouTube Music masih tidak boleh digunakan di Malaysia.