Trump minta Thunberg pergi tonton wayang

12 Dec 2019 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar penamaan Greta Thunberg sebagai Person of the Year untuk tahun 2019 oleh majalah Time dan berkata aktivis muda itu harus bertenang dan pergi menonton wayang.

"Amat tidak masuk akal. Greta harus menangani masalah kemarahannya dan pergi menonton wayang bersama rakan! Bertenang Greta, bertenang," tulis Trump dalam ciapan di laman Twitter.

Kenyataan dikeluarkan selepas majalah Time memberi penghormatan kepada aktivis alam sekitar berusia 16 tahun itu yang melancarkan kempen 'Fridays For Future' pada tahun lalu bagi memberi kesedaran tentang pemanasan global yang kemudian menjadi gerakan seluruh dunia.

Thunberg yang dikenali kerana kelantangannya bersuara terhadap pemimpin dunia menuduh negara-negara kaya 'mengelirukan' orang ramai dengan anggapan bahawa mereka telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu perubahan iklim.

Menerusi penampilan paling ikonik pada sidang kemuncak di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan September lalu, ucapan 'How dare you?' dari Thunberg menyelar kegagalan pemimpin dunia bertindak bagi menghentikan pemanasan global.

Namun retorik, usia muda dan diagnosis sindrom Asperger yang merupakan sejenis autisme ringan sering menjadikan Thunberg sebagai sasaran kritikan. - AFP


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved