Tragedi rumah kongsi: Tiga warga Indonesia direman

7 Dec 2019 • 7:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEREMBAN - Tiga lelaki warga Indonesia yang ditahan susulan kes tiga lelaki maut dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di Ladang Chin Fatt, Gedok di Gemencheh dekat sini direman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, ketiga-tiga suspek direman bagi melengkapkan siasatan berhubung kes itu.

"Kita mendapat reman tiga suspek berusia antara 29 dan 42 tahun itu sehingga Jumaat depan untuk membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Ketiga-tiga suspek adalah penghuni rumah kongsi berkenaan dan telah direman di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, tiga lelaki warga Indonesia maut dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah kongsi di ladang itu dan ditemui terbaring berlumuran darah di dalam sebuah bilik tidur dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved