287 kes hari ini, tertinggi sejak Covid-19 melanda negara

2 Oct 2020 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Selepas mencatatkan 260 kes positif baharu Covid-19 semalam, hari ini angka tersebut terus meningkat kepada 287 iaitu tertinggi sejak pandemik itu melanda negara ini, Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua jumlah tersebut merupakan penularan dalam negara.

"Daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan individu yang pulang dari Sabah," katanya.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September adalah sebanyak 139 kes.

Jumlah keseluruhan kes positif 11,771.

"Kes aktif yang diasingkan dan sedang menerima rawatan adalah 1,540," katanya.

AKAN MENYUSUL