Pecat Tommy atau direhatkan hingga kes Adib selesai: Pemuda Pas

LocalPolitics
27 Sep 2019 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Timbalan Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya mengharapkan Peguam Negara tidak membuat permohonan semakan semula atau rayuan terhadap keputusan inkues.

"Di samping itu, kita turut menggesa agar polis meningkatkan siasatan dengan memanggil semula tertuduh yang pernah dilepaskan.

"Ini penting dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes Adib ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas inkues Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini hari ini.

image is not available
Ahmad Fadhli ketika hadir di perkarangan Mahkamah Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berharap agar pembunuh Muhammad Adib dapat segera dibawa kemuka pengadilan.

"Kita melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan inkues hari ini.

"Keputusan inkues ini sekurang-kurangnya melegakan hati rakyat dan mengembalikan keyakinan institusi mahkamah.

"Hari ini rakyat sudah mendapat keputusan dan pembelaan dalam usaha mencari pembunuh sebenar Adib," katanya.

Allahyarham ketika itu bertugas untuk memadamkan kebakaran dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November tahun lalu.

Hakim Koroner, Rofiah Mohamad dalam keputusannya berkata, dapatan tersebut mengambil kira bahawa rusuhan tercetus akibat kemarahan bangsa India terhadap pencerobohan kuil yang dilakukan sekumpulan Melayu beberapa hari sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib dipukul sekumpulan India: Koroner

Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

Adib ditarik keluar, dihentak pada hujung daun pintu EMRS


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved