Adun Benut sah MB Johor

Politics
28 Feb 2020 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Bersatu hari ini.

Hasni, 61, ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor juga Pengerusi UMNO Johor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di Istana Bukit Serene di sini.

Peristiwa itu dikongsi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di akaun Facebooknya kira-kira jam 5.30 tadi.

Rabu lalu Sultan Ibrahim bertemu dengan 54 ADUN Johor untuk mengetahui pilihan mereka susulan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Ia akan menjadikan pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Dr Sahruddin yang dilantik Menteri Besar ke-17 pada 14 April 2019 memegang tampuk kepimpinan bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan selepas 11 bulan mentadbir kerajaan negeri.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved