Sejak 2016 telah wujud beberapa projek yang cuba mengubah telefon pintar menjadi komputer riba. Rata-ratanya gagal kerana pada waktu tersebut cip pada telefon pintar masih jauh lebih lemah berbanding cip komputer riba. Kini landskap cip pemproses sudah berubah dengan Apple A13 Bionic misalnya lebih berkuasa berbanding cip Intel Core-i5. Maka projek mengubah telefon pintar menjadi komputer riba tumbuh semula seperti cendawan selepas hujan.

Perkara paling menarik sekali mengenai PhoneBook ialah harganya yang bermula dari $169 (~RM700) sebuah. Buat masa ini PhoneBook sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama KickStarter. Mungkinkah ia akhirnya akan merealisasikan impian peranti dua dalam satu seperti Superbook dan Microsoft Continuum yang gagal sebelum ini?
