Tun M adakan pertemuan dengan Modi di Rusia

5 Sep 2019 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

VLADIVOSTOK - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatnya daripada India, Narendra Modi mengadakan mesyuarat dua hala sebelum Sidang Kemuncak Ekonomi Timur selama tiga hari yang bermula tengah hari ini.

Dr Mahathir, yang tiba di sini semalam dan Modi akan menghadiri forum ekonomi itu yang berlangsung di bandaraya pelabuhan utama ini, yang terletak di Timur Jauh Rusia.

Ini merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua pemimpin. Pertemuan pertama diadakan pada 31 Mei tahun lepas semasa Perdana Menteri India itu mengunjungi Dr Mahathir di Putrajaya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved