Penjawat awam Persekutuan di Sarawak dapat insentif RM500

4 Dec 2019 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUCHING - Buat pertama kalinya penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak bakal menerima insentif khas berjumlah RM500 daripada kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan khas itu akan dibayar pada Jun tahun hadapan.

“Saya dimaklumkan sejumlah 95,000 penjawat awam persekutuan berkhidmat di negeri ini, sebagai menghargai perkhidmatan anda, saya telah berbincang dengan ahli-ahli kabinet dan bersetuju untuk menambah bantuan kewangan kepada seluruh penjawat awam persekutuan di Sarawak.

“Sebanyak RM500 bantuan khas yang akan dibayar sekurang-kurangnya menjelang Jun tahun depan,” katanya menambah keputusan itu baharu sahaja dibuat.

Beliau mengumumkan khabar gembira itu semasa perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam 2019 di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Jaul Samion dalam ucapannya berkata, setakat ini, lebih 120,000 penjawat awam sedang berkhidmat di Sarawak.

Daripada jumlah itu, 94,971 adalah penjawat awam persekutuan manakala 25,324 adalah penjawat awam negeri.

“Kita bergabung agar visi kerajaan nampak di mata rakyat dan melakukan perubahan kepada kehidupan rakyat kita,” katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved