Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia positif Covid-19

Politics
13 Mar 2020 • 4:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SYDNEY - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Peter Dutton hari ini mengesahkan beliau didiagnos positif koronavirus (Covid-19) dan kini dirawat di hospital di Queensland.

"Pagi tadi, saya mengalami sakit tekak selepas bangun daripada tidur sebelum menjalani ujian pemeriksaan.

Keadaan saya kini baik dan akan sentiasa memaklumkan perkembangan tahap kesihatan saya," ujarnya.

Pada Selasa lalu, Dutton yang juga bekas Menteri Kesihatan itu dilaporkan menghadiri mesyuarat di Sydney yang turut dihadiri Perdana Menteri, Scott Morrison dan anggota Kabinet lain.

Setakat ini, Australia telah merekodkan 156 jangkitan dan pihak berkuasa menjangkakan kes tersebut akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang menjelang ketibaan musim sejuk hemisfera selatan. - Agensi


View Original Article