Hong Kong pertimbang larang topeng muka

4 Oct 2019 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

HONG KONG - Kerajaan Hong Kong hari ini dijangka membincangkan undang-undang kecemasan yang melarang penunjuk perasaan pro demoksrasi memakai topeng penutup muka ketika protes.

Menurut laporan media tempatan, Ketua Eksekutif Carrie Lam dijangka bertemu Kabinetnya untuk menentukan sama ada mereka perlu menggubal Ordinan Peraturan Kecemasan yang mengharamkan semua jenis penutup muka.

"Jika diluluskan, larangan itu akan diumumkan hari ini dan berkuatkuasa bermula tengah malam," lapor South China Morning Post memetik sumber sebagai berkata.

Difahamkan, larangan tersebut dibuat selepas Hong Kong dikejutkan dengan keganasan paling teruk Selasa lalu, hari yang sama China menyambut ulang tahun ke-70 pemerintahan Parti Komunis.

Pertempuran di jalanan berlangsung selama beberapa jam antara penunjuk perasaan dan polis yang turut mengakibatkan seorang peserta protes ditembak di bahagian dada.

Biasanya penunjuk perasaan menggunakan topeng muka seperti topi keledar, gogal dan alat pernafasan untuk mengelakkan daripada dikenal pasti selain melindungi diri daripada gas pemedih mata serta.

Sementara itu, penguatkuasaan undang-undang kecemasan akan membolehkan Lam menggubal sebarang peraturan untuk kepentingan awam termasuk pengawasan media dan kawalan terhadap pengangkutan. - Agensi


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved