Covid-19: Hari Polis ke-213 ditunda

15 Mar 2020 • 11:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Polis ke-213 pada 25 Mac ini ditunda ke satu tarikh baharu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pembatalan berkenaan dibuat berikutan penularan wabak Covid-19 dengan tarikh baharu akan ditetapkan kemudian.

Hari Polis Ke-213 itu akan disambut secara serentak di seluruh negara pada tarikh baharu dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April ini ekoran risiko jangkitan COVID-19. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved