Adakah Honor MagicBook 14 Yang Dijana AMD Ryzen 5 Akan Memasuki Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi?

TechnologyDigital
21 Nov 2019 • 6:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu acara pelancaran peranti Honor 9X hari ini, mereka turut menunjukkan beberapa peranti lain, dan salah satu daripadanya yang menarik minat kami ialah kehadiran Honor MagicBook 14 yang dikatakan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

image is not available

Spesifikasi khusus mengenai komputer riba MagicBook 14 ini masih lagi suatu misteri, kerana laman Honor di TMall sendiri hanya menunjukkan saiz paparannya sahaja, pada 14 inci.

image is not available

 

Komputer riba tersebut boleh dilihat dan dipegang di acara pelancaran Honor 9X, dan kami dapat melihat beberapa spesifikasi tambahan pada komputer riba tersebut.

image is not available

Pertama ialah kehadiran pelekat AMD Ryzen 5, yang menunjukkan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa MagicBook 14 ini akan dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 5 3500U yang sama seperti komputer riba Acer Swift 3 yang pernah kami perlihatkan sebelum ini.

image is not available

Sayang sekali, komputer riba yang diperlihatkan tidak hadir dengan sebarang sistem operasi, jadi kami tidak dapat melihat jumlah memori dan storan yang hadir didalam model ini, ataupun jika komponen-komponen tersebut boleh dinaiktaraf sendiri.

image is not availableimage is not available

Dari segi paparan skrin, seperti yang dapat dilihat pada nama model, MagicBook 14 ini hadir dengan paparan berbingkai nipis bersaiz 14 inci, dengan resolusi Full HD, manakala untuk palam input dan output, ia hadir dengan dua palam USB 3.1 Type-A, satu palam USB 3.1 Type-C dan satu palam video HDMI dan satu palam audio 3.5mm.

image is not available

Honor MagicBook 14 ini juga mengekalkan rekaan kamera webcam di bahagian papan kekunci, mungkin kerana bingkai paparan komputer riba ini tidak cukup besar untuk memuatkan modul kamera yang digunakan.

image is not available

Satu ciri unik yang dapat dilihat pada komputer riba ini ialah ciri Honor Magic-Link, yang boleh digunakan dengan peranti-peranti Honor yang mempunyai sambungan NFC untuk menyambungkan peranti mereka ke komputer riba ini untuk tujuan lontaran skrin (screen-casting) ataupun pemindahan fail, sama seperti ciri Huawei OneHop.

image is not available

Honor MagicBook 14 ini juga cukup ringan untuk diangkat dengan satu tangan sahaja, dan pada firasat kami, beratnya mungkin sekitar 1kg sahaja, membuatkannya sebuah komputer riba yang padat dan mudah dibawa kemana-mana.

image is not available

Buat masa ini, pihak Honor Malaysia masih enggan mengesahkan bilakah Honor MagicBook 14 ini akan memasuki pasaran tempatan, tetapi menjanjikan bahawa ia akan tiba sebelum penghujung tahun ini.