Samsung Galaxy Buds+ Kini Rasmi Dengan Bateri Yang Bertahan Sehingga 11 Jam

TechnologyDigital
12 Feb 2020 • 4:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Buds+ telah dilancarkan secara rasmi bersama dengan  Galaxy Z Flip dan Galaxy S20 hari ini. Dengan generasi kedua Galaxy Buds, Samsung membawakan beberapa penambahbaikan yang pastinya menggembirakan pengguna Buds.

image is not available
Pertama sekali ialah hayat bateri Buds+ ialah sehingga 11 jam, hampir dua kali gandar berbanding 6 jam pada Buds asal. Apabila dipadankan dengan pod pengecas, tempoh operasi Buds+ adalah sehingga 22 jam. Pod ini boleh dicas secara nirwayar apabila diperlukan. Kapasiti bateri fon telinga dan pod pengecas telah dipertingkatkan bagi memberikan hayat penggunaan yang lama ini.

Tidak terhenti di situ, Buds+ dilengkapi dua pemandu audio berasingan untuk treble dan bass. Tiga mikrofon terbina pada setiap fon telinga pula meningkat kemampuan Ambience Sound dan melakukan panggilan telefon.

image is not availableDari segi rekaan ia tidak mempunyai perbezaan dengan Buds asal. Cuma kemasan kini lebih berkilat. Kemampuan kalis juga masih lagi IPX2 pada fon telinga ini membolehkan ia digunakan semasa aktiviti senaman. Pada sesentuh pada sisi fon telinga kini turut mempunyai integrasi Spotify yang lebih mendalam. Samsung Galaxy Buds+ dijual pada harga $149 (~RM616) sepasang dalam warna Cosmic Black, White dan Cloud Blue.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved