Rundingan dengan AS-Taliban masih diteruskan

21 Aug 2019 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, rundingan dengan Taliban masih berjalan namun belum pasti sama ada akan mengundurkan tenteranya dari Afghanistan, lapor agensi berita Xinhua.

"Kempen ketenteraan AS selama 18 tahun di Afghanistan langsung tidak masuk akal," kata Trump kepada media di Rumah Putih.

Ketika ditanya sama ada AS sudah bersedia untuk berundur sepenuhnya, Trump berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa alternatif lain.

Trump berkata, demikian selepas Jabatan Negara AS mengeluarkan kenyataan mengatakan wakil khas bagi rundingan damai di Afghanistan, Zalmay Khalilzad berlepas ke Qatar dan Afghanistan pada semalam untuk meneruskan rundingan dengan Taliban.

Khalilzad akan bertemu dengan pemimpin Afghanistan di Kabul, menurut kenyataan itu. - Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved