Sukan Olimpik Jepun 2020 mesra alam

10 Jan 2020 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TOKYO - Rangka katil untuk para atlet Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung antara 24 Julai dan 9 Ogos depan akan diperbuat daripada kadbod yang dikitar semula.

Tilam untuk katil itu pula adalah dalam bentuk politilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik selepas temasya sukan tersebut berlangsung.

Difahamkan, sebanyak 18,000 katil akan disediakan untuk Olimpik manakala 8,000 lagi untuk Paralimpik.

"Ia berukuran 2.10 meter panjang dan pengeluarnya mendakwa ia mampu menampung berat kira-kira 200 kilogram.

Sementara itu, pingat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 akan diperbuat daripada alatan yang dikitar semula.

Sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menganjurkan acara sukan lebih mesra alam, obor Olimpik juga akan dihasilkan daripada sisa aluminium manakala podium diperbuat daripada sisa rumah dan plastik marin.

Sumber elektrik pula diperoleh daripada sumber boleh diperbaharui. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved