Kedai kopi jadi 'port' judi diserbu

27 Jun 2019 • 9:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PORT DICKSON - Sebuah kedai kopi di Jalan Kampung Chuah Bakar Arang, Lukut di sini, diserbu polis semalam, selepas didapati menjalankan aktiviti judi di tempat awam.

Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya membuat serbuan pada jam 3 petang selepas menerima laporan mengenai aktiviti perjudian di kawasan itu.

“Dalam serbuan itu, kita menahan tujuh orang suspek iaitu empat lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat dalam perjudian.

image is not available
Antara barang yang digunakan untuk berjudi dan wang tunai yang dirampas.

"Hasil siasatan awal kesemua mereka mengaku bermain mahjong dan jinrami.

“Kesemua suspek yang berumur antara 50 hingga 84 tahun itu kemudiannya ditahan untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kedai kopi itu pernah diserbu polis beberapa kali sebelum ini, namun tetap menjalankan aktiviti itu.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved