Laman Edagang 11Street Dijenamakan Semula Sebagai PrestoMall

18 Jun 2019 • 2:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu lalu kami melaporkan laman edagang 11Street bakal dijenamakan semula dengan beberapa imej acah dikongsi pada laman media sosial mereka. Beberapa jam yang lalu 11Street telahpun secara rasmi dijenamakan semula kepada PrestoMall.

image is not available
Sekiranya anda ke alamat lama 11Street.my anda akan diarahkan ke alamat baharu PrestoMall.com. Selain alamat laman, aplikasi 11Street juga telah berubah nama dan perlu dikemaskini di Google Play Store dan Apple App Store. Sempena penjenamaan semula laman, PrestoMall menawarkan beberapa tawaran menarik kepada pelanggan.