Keputusan menang tanpa bertanding bukti Pas tenang

21 Jun 2019 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan-jawatan tertinggi dalam pemilihan Pas menunjukkan ketenangan dalam parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, ia juga membuktikan Pas tidak mengalami sebarang pergolakan.

"Itu tanda ketenangan dalam Pas, bukti Pas tidak bergolak. Tidak ada aktiviti 'video' dalam PAS," katanya dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 di sini hari ini.

Keputusan pemilihan Pas memperlihatkan kebanyakan jawatan tertinggi dimenangi tanpa bertanding.

Ini termasuklah jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Dewan Muslimat, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Ulamak.