China rancang singkir Carrie Lam?

23 Oct 2019 • 8:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BEIJING - Akhbar Financial Times (FT) melaporkan Beijing merancang penyingkiran Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam susulan protes prodemokrasi yang berlanjutan selama hampir bulan.

Pemimpin pro-Beijing itu menerima kritikan hebat penunjuk perasaan yang menuntut demokrasi namun kerajaan pusat China dilihat masih memberi sokongan terhadap Lam dan polis Hong Kong.

Namun, menurut laporan FT yang memetik sumber berkaitan isu terbabit, Beijing dikatakan merancang untuk menggantikan Lam dengan ketua eksekutif sementara.

FT dimaklumkan, pelan tersebut bergantung kepada kestabilan Hong Kong agar tidak menampakkan seperti Beijing beralah kepada keganasan.

Laporan turut menyebut, sekiranya Presiden Xi Jinping bersetuju dengan penyingkiran Lam, penggantinya akan mengambil alih menjelang bulan Mac tahun depan.

Antara calon yang dipertimbangkan bagi menggantikan Lam termasuk Norman Chan, bekas ketua Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong dan Henry Tang yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha kewangan dan ketua setiausaha pentadbiran Hong Kong.

Pejabat Lam bagaimanapun enggan mengulas berhubung laporan terbabit. - AFP


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved