Kemalangan di Turki: TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa

17 Oct 2019 • 3:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Afyonkarahisar, Turki semalam.

“Takziah kepada keluarga Azalan Miswan yang telah meninggal dunia di Turki.

“Dia dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan lagi 10 orang telah dimasukkan dalam hospital, empat cedera serius. Ini salah satu daripada apa yang kita rasa tragedi memang malang tidak berbau,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku semasa bas yang dinaiki oleh rombongan 35 rakyat Malaysia itu dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PKNS akan segera bawa pulang mangsa nahas bas di Turki

Seorang rakyat Malaysia maut dalam kemalangan di Turki


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved