Pemotong rumput didakwa cederakan bapa

2 Jan 2020 • 5:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA TERENGGANU - Seorang pemotong rumput dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan bapa kandungnya.

Bagaimanapun tertuduh, Mohamad Ridzuan Mohamed Nawi, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap bapanya, Mohamed Nawi Daud, 63, di sebuah rumah di Kampung Banggol Nyior Gemuroh Tepoh, Kuala Nerus, jam 9 pagi, pada 24 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohamad Ridzuan diikat jamin RM1,500 selain menetapkan 15 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved