YouTube Mula Mengaktifkan Penuras Mengikut Topik Di Halaman Utama

Digital
11 Jul 2019 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti banyak aplikasi Google yang lain, YouTube juga kerap hadir dengan banyak fungsi dan ciri yang Google edarkan secara a/b. Salah satu fungsi yang baru adalah penuras mengikut topik. Fungsi ini sudah muncul sejak beberapa bulan yang lalu, namun ia terhad untuk beberapa pengguna sahaja.

Terkini, YouTube dilihat sudah mula mengaktifkan fungsi ini hampir kepada semua orang. Penuras topik ini terpapar pada halaman utama aplikasi YouTube dan apabila salah satu topik ditekan, segala senarai yang ditatal dari bawah ke atas akan spesifik berkait dengan topik yang dipilih.

image is not available

Untuk menjadikan halaman YouTube anda normal, anda hanya perlu menekan ‘All’. Topik-topik yang terpapar dilihat berdasarkan topik yang sedang hangat orang ramai cari dan juga berdasarkan topik yang pengguna kerap cari. Jadi, setiap topik adalah berbeza pada setiap pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved