Kes Covid-19 di Indonesia kini 23,851

27 May 2020 • 6:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini sebanyak 686 tambahan kes positif baharu manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,473 orang.

"Ketika ini juga seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya dalam sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes diikuti Jawa Timur (320 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved