Lebih 8,000 kemalangan dalam tempoh 5 hari Op Selamat 16

23 Jan 2020 • 10:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,570 kemalangan jalan raya membabitkan 13,038 kenderaan dilapor dalam tempoh lima hari Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baharu Cina sejak dilancarkan pada Sabtu sehingga hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 2,701 kes, diikuti Johor (1,348 kes) dan Kuala Lumpur (1,019 kes).

"Daripada 65 kemalangan maut yang direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini, penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah kematian paling tinggi iaitu 47 kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sejumlah 125,464 saman dikeluarkan dan daripada jumlah itu, 77,042 saman membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat; memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.

Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Januari sempena perayaan Tahun Baru Cina berlangsung sehingga 1 Februari ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved