Rekaan Oppo Find X2 Tertiris – Turut Dilengkapi Mekanisme Zum Periskop

TechnologyDigital
27 Feb 2020 • 3:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mekanisme periskop diperkenalkan pada peranti mudah alih menerusi Asus Zenfone Zoom. Teknologi ini kembali popular selepas digunakan pada P30 Pro dan hasilnya ialah kemampuan zum nirhilang yang amat tinggi. Oppo akan meneruskan penggunaan mekanisme zum periskop ini pada Oppo Find X2 yang akan dilancarkan kelak.

image is not available
Imej promosi untuk Oppo Find X2 telah tertiris ke laman Weibo awal pagi ini. Dapat dilihat lensa berbentuk empat segi pada bonjol kamera di belakang peranti. Lensa empat segi hanya digunakan pada mekanisme periskop pada waktu ini.

Turut dapat dilihat ialah skrin melengkung sisi pada bahagian hadapan dengan lubang kamera bersaiz kecil pada bucu kiri. Nampaknya Oppo masih belum bersedia untuk menggunakan teknologi kamera bawah skrin yang diperlihatkan mereka tahun lalu.

Setakat ini Oppo Find X2 disahkan menggunakan cip Snapdragon 865, skrin dengan resolusi 3K, sokongan kadar segar semula 120Hz dan mengesan sentuhan 240 Hz. Untuk spesifikasi lebih lengkap kita hanya perlu menanti pelancaran Find X2 pada 6 Mac hadapan.