Penunggang ditahan rempuh sekatan jalan Ops Covid-19

24 Mar 2020 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal ditahan selepas merempuh sekatan jalan raya Ops Covid-19 di Jalan Pekan-Kuantan, Pekan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek berusia 25 tahun dari Taman Pelangkah, Pekan terus memecut dari arah Pekan ke Kuantan dengan melanggar papan tanda sekatan menyebabkan papan sekata itu terpelanting dan terkena cermin kenderaan polis hingga pecah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman [email protected] Daud berkata, suspek yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 bagaimanapun cuba melarikan diri sebelum dikejar, namun berjaya ditahan di kawasan Ubai.

"Kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada anggota polis bertugas," katanya.

Katanya, suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved