Wan Azizah ucap tahniah kepada Jokowi

21 May 2019 • 12:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang diumumkan memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2019 untuk kekal memerintah negara itu bagi tempoh 2019-2024.

Dr Wan Azizah dalam kenyataan hari ini berkata, sebagai negara serumpun, beliau optimis bahawa hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuh di samping memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya mendoakan Joko Widodo dikurniakan kesihatan yang baik dan terus kental dalam menghadapi liku-liku mendatang sebagai seorang pemimpin," katanya.

Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada pukul 1.46 pagi ini (waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilpres 2019, sehari lebih awal selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin. Pilpres 2019 diadakan pada 17 April lepas.

Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin, 76, memperoleh 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperoleh 68,650,239 undi.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved