Pengeluaran kamera digital telah turun tahun demi tahun sejak pengenalan telefon pintar. Di laman seperti Flickr, lapan dari sepuluh kamera paling popular di kalangan penggunanya adalah iPhone. Kamera telefon pintar adalah lebih mudah digunakan dan mengambil gambar yang baik untuk keperluan harian. Tetapi industri kamera digital semakin tertekan dan menurut angka terkini Japan Camera & Imaging Products Association (CIPA), pengeluaran kamera digital sepanjang 2018 menjunam 22% berbanding 2017.

Berdasarkan angka lima bulan pertama 2019, jumlah pengeluaran kamera digital tahun ini akan sekali lagi merudum berbanding 2018.


