Belanja bukan untuk Rosmah semata-mata, kata Najib

10 Dec 2019 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan wang RM466,330.11 dibelanjakan di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat untuk pembelian jam Datin Seri Rosmah Mansor semata-mata, sebaliknya dikhususkan untuk keluarga secara keseluruhan.

Ketika memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC), Najib berkata, ia digunakan untuk memujuk isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain kerana terpaksa memendekkan masa percutian di Haiwaii.

Kebiasaan menjelang hujung tahun beliau berkata, mereka sekeluarga akan bercuti antara 10 hingga 14 hari namun masa bersama keluarga terpaksa dipendekkan selepas mendapat tahu negara khususnya Kelantan dilanda bencana banjir (2014) terburuk dalam masa 70 tahun.

“Percutian itu dibuat sempena hari jadi isteri saya, sebab itu lah mereka rasa begitu kecewa dengan keputusan saya malah anak saya Ashman yang bekerja Istanbul tiba di Honolou dan mendapati saya tiada.

“Jadi saya buat keputusan untuk beli sesuatu untuk mereka yang mana hadiah dipilih oleh isteri,” katanya selepas Peguam Muhammad Shafee Abdullah melakukan pemeriksaan utama hari ini.

Semalam, selain pembelian jam mewah tersebut, Najib memberitahu mahkamah beliau turut membelanjakan RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di Bangkok, Thailand pada Januari 2015 melalui kad kredit semasa percutian peribadinya di negara berkenaan.

Beliau berkata, meskipun ia adalah percutian peribadi, namun beliau mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat, Prayut Chan-o-Cha, bagi membincangkan kaedah kerajaan Thailand untuk membantu Malaysia berkenaan banjir teruk yang hadapi.

Pada 11 November lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved