Ramal masa depan guna asparagus

6 Jan 2020 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LONDON - Seorang jurujual di United Kingdom mendakwa dia mampu meramal masa depan dengan melambung asparagus ke udara.

Jemima Packington, 64, yang turut dikenali dengan jolokan Asparamancer berkata, sayur yang dilambung itu akan membentuk corak dan tafsiran dibuat melaluinya.

“Kebiasaannya 75 hingga 90 peratus ramalan saya tepat dan dibuat setiap tahun termasuk tahun ini.

“Ada masa petunjuk itu sedikit sahaja sehingga saya gagal membacanya dengan tepat tetapi keputusannya tidak terpesong jauh,” katanya.

Menurutnya, dia mewarisi kelebihan itu daripada ibu saudaranya yang mempunyai kemahiran meramal masa depan menggunakan daun teh.

Malah, Jemima turut mendakwa berdasarkan ramalannya, England bakal memenangi kejohanan kriket Piala Dunia 2020. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved