Turki hasilkan wang kertas guna teknologi penyahjangkitan

21 Mar 2020 • 10:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ISTANBUL - Sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Istanbul mengeluarkan wang kertas yang dihasilkan menggunakan teknologi penyahjangkitan untuk kegunaan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Dengan teknologi itu wang kertas yang dihasilkan membolehkan semua ATM bersih dan mesra alam sekitar," kata pengasas bersama Money Shower, Furkan Erucan lapor agensi berita Anadolu.

Beliau berkata, teknologi itu berupaya membantu menghalang pengguna dijangkiti semua mikroorganisma termasuk Covid-19.

"Sekarang terdapat 26,000 bakteria pelbagai jenis terdapat pada wang kertas di Eropah. Jumlah ini cukup untuk membuat orang sakit.

"Turki mengumpul semua wang kertas, membakarnya dan mencetak yang baharu untuk diedarkan hanya apabila terjadi wabak penyakit," katanya.

Katanya, kerajaan China juga mengambil langkah yang sama sebelum ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved